.SEBAGAI menantu dalam keluarga perempuan, anda barangkali sukar berkomunikasi sebaiknya dengan keluarga mentua
.Isteri boleh membantu melalui pelbagai perkara. Petua berikut juga mungkin boleh digunakan untuk menjadikan hubungan dengan keluarga isteri lebih rapat
:1. Sering mengunjungi ibu mentua [jika tidak tinggal serumah] atau sering memerhatikan ibu mentua [jika tinggal serumah]. Ini boleh dilakukan bersama isteri atau tidak dan sekali gus mampu mengeratkan hubungan sekeluarga.
2. Mengalah dalam sesuatu perkara kerana ibu mentua umumnya sudah berusia lanjut. Mereka lebih sering menggunakan emosi daripada logik. Ibu mentua akan gembira jika anda kelihatan ada kemahuan untuk “menaunginya” dan kelihatan anda mahu “berkongsi kasih” dengannya selain anak perempuannya.
3. Kembangkan hubungan dengan mentua perempuan. Ini boleh dilakukan misalnya dengan mengajaknya berbincang mengenai hal yang diminatinya, sering mengunjunginya, mengajaknya berjalan dan belajar untuk melayannya seperti ibu kandung sendiri
.4. Babitkan mentua perempuan dalam setiap aktiviti yang dilakukan jika perlu. Misalnya, minta tolong menemani anda dan anak berjumpa doktor atau pergi berbelanja bersama.
5. Fokuskan perhatian anda terhadap hal yang baik dalam dirinya dan cuba untuk menghindari pemikiran negatif mengenai dirinya. Misalnya, anda tahu dia adalah tukang masak yang hebat.
6. Jangan mengkritik ibu mentua di depan isteri. Walau bagaimana sekalipun perangai ibu mentua, dia tetap ibu kandung isteri anda. Ingatlah pertalian darah tidak akan hilang sampai bila-bila
.7. Walaupun ibu mentua bukan sahabat tetapi cubalah selami bahawa kehadiran anda dalam kehidupan isteri sudah ‘memisahkan’ dia dengan anak yang dicintainya.
8. Banyakkan bersabar dan berdoa. Jangan anggap ibu mentua tidak suka kepada anda. Kaji diri sendiri kerana mungkin selama ini ada sikap anda memang membuatkan ibu mentua tidak berkenan walaupun bukan bererti anda harus mengubah keperibadian diri.
9. Istilah “mengambil hati mentua” itu ternyata ada benarnya. Fikirkan suatu hari nanti, isteri anda akan menjadi seorang ibu mentua apabila anda menerima menantu lelaki.
10. Rajin mengambil hati, mungkin dengan membelikan hadiah setiap kali anda bertugas di luar daerah. Misalnya, belikan sepasang kain seperti mana anda belikan untuk isteri. Lihatlah reaksi di wajahnya

.
Loading Data... 


January 16, 2009 4:33 AM
Hehe...
Post a Comment
Do you have any suggestions ? Add your comment. Please don't spam. Hehe.