Kenapa Kita Bermimpi
11/11/2009Hari nih takde apa yang nak diceritakan, cuma aku ada terbaca artikel kenapa kita selalu "bermimpi" nih, dan sebab tu jugak aku nak post !! Harap korang enjoy bila membacanya yer. Tapi panjang skit la. Sudi² lah baca ok. Thanks.

* Apaaa ? Tak suka baca sebab panjang sangat ??? Nak buat camna, aku takde apa yang nak post, post nih jer la. Haha.
* Ok, mimpi merupakan suatu kejadian yang dialami oleh setiap manusia dalam keadaan tidur. Mulai dari masa klasik hingga pada masa sekarang umat manusia pernah mengalami mimpi, baik mimpi itu buruk mahupun mimpi baik.
Sehingga kemudian mimpi menjadi kajian menarik bagi beberapa manusia dari dahulu sehingga sekarang. Pada zaman yunani banyak karya mengenai mimpi diantaranya ialah karya Artemidorus. Dalam pemikiran Islam ada beberapa tokoh yang mengkaji tentang tabir mimpi nih, diantaranya ialah Muhammad Bin Sirin, Al Kurmani, Ibnu Khaldun dan Filosof Islam Al Kindi. Sedangkan pada masa moden ada tokoh dari barat yang mengkaji tentang mimpi iaitu Freud Sigmund.
Ilmu mimpi tersebut membahas tentang hal - hal yang berkaitan dengan mimpi. Dimana mimpi adalah simbol - simbol dalam imaginasi [ khayal ] yang terjadi sewaktu tidur. Khayalan itu dapat memberikan gambaran yang dikhayal dengan lebih jelas dan lebih meyakinkan daripada apa yang diterima. Sebagai contoh kita menggambarkan manusia memiliki sayap, gambaran inilah yang disebut produksi dari khayalan.
Panca indra yang dipergunakan tubuh untuk menerima pengetahuan, semuanya berhubungan dengan otak, diantaranya yang paling aktif adalah imaginasi [ khayalan]. Ia menarik gambar - gambar khayal yang diterima oleh berbagai macam indra, dan kemudian mendesaknya kepada kekuatan mengingati agar tetap terpelihara.
Dari gambaran khayal, jiwa mengabstraksikan gambar - gambar spritual - intelektual. Maka dalam proses ini abstraksi naik keatas sensibilia ke inteiligibilia, dan imaginasi adalah perantara diantara keduanya.
Ketika jiwa menerima persepsi tertentu dari dunianya sendiri yang kemudian terus dilemparkan kepada imaginasi sehingga membentuk gambar- gambar yang sesuai dan mendorong rasa, sehingga persepsi itu terlihat oleh orang yang tidur sebagaiman ia tampak oleh indra.
Disamping itu, ada pula pendapat yang menyatakan bahwa mimpi merupakan realisasi dari sesuatu yang terhalang berada dibawah kesedaran atau merupakan keinginan yang terpendam di dalam jiwa, sebagai akibat dari pada kuatnya tekanan dan kuatnya control sehingga apa yang menjadi keinginannya tidak dapat timbul di alam sedar.
Manusia hidup di dua alam yakni alam sedar dan alam tidur. Pada waktu alam sedar ini berakhir dan semua indra tidak lagi berfungsi, maka saraf control yang berfungsi sebagai pengontrol akal sedar berada dalam keadaan istirehat. Tidak berfungsinya alat control membuat alam bawah sedar melakukan aktivitinya, sehingga apa yang terpendam didalam alam bawah sedar naik ke pintu ambang kesedaran dan terjadilah mimpi.
Kadangkala kita mengalami mimpi yang berlawanan dengan kondisi nyata yang kita hadapi disaat kita sedar. Ini terjadi kerana anggota tubuh manusia tidak mampu menerima kekuatan penyimbolan, maka sesuatu itu akan datang dalam bentuk berlawanan. Sebagai contoh, seseorang yang bermimpi bahwa seseorang ni orang miskin, padahal dalam kenyataan dia itu seorang yang kaya.
Namun ada pula mimpi yang dialami berkaitan dengan apa yang dialami disaat sedar. Mimpi ini terjadi kerana pada umumnya mengandung makna - makna yang tersimpan di dalam batin seseorang yang didapatkan dikala ia sedang dalam keadaan sedar. Contohnya, ialah ketika seseorang yang bermimpi menemukan cara mengatasi masalahnya, dalam keadaan sedar mimpi itu mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Pada umumnya mimpi yang dialami itu terjadi secara beraturan dan secara tidak beraturan. Mimpi yang sistematik dapat dijadikan sebagai media terapi kejiwaan, sedangkan yang tidak sistematik tidak dapat dijadikan sebagai media pengubatan.
Pada akhirnya, mimpi itu dikategorikan menjadi dua yakni, iatu mimpi yang benar [ mimpi baik] dan mimpi yang kacau [ mimpi buruk] . Disamping itu, perlu diketahui bahwa kedua mimpi itu bersumber dari tiga hal yakni dari Allah SWT, dari Malaikat, dari Syaitan atau dari jiwa itu sendiri.
Sekian. Terima kasih.
* Selalu wet dreams tak ? Bangun pagi pastu mandi wajib.
Catcheye Online Advertising
11/09/2009Hari ini aku saja update pasal Catcheye. Banyak orang duk buat entri pasal nih. Aku jer belum lagi. Lagipun aku rasa nak update sekerap mungkin belog nih kalo ada masa free. Aku pun tak tau sangat actually pasal Catcheye nih lagi.

Pasal Catcheye Online Advertising ni aku pun baru jer join. Aku pun tak tahu sangat benda alah nie sedalam - dalamnya. Bro Cuz yang bagitahu aku. Hehe. Pandai dia cari [ dia paste link kat shoutmix aku masa mula² kenal dia ] . Thanks bro. Pandai ko yer Cuz. Hehe. So aku pun join. Dapat RM1 1st join. Kira orait la tu kan.
Nama Catcheye yang agak pelik skit bagi aku. Tapi nama Nuffnang rasanya lagi pelik kan? Haha. Gurau jer. Kira oklah tu Catcheye ni. Website Catcheye pun nampak menarik je. Simple, warna merah dan putih. Macam adik - beradik Airasia jer kan. Dan pada hari tu jugak, aku juga telah signup n join Catcheye ni. Aku tak ingat plak tarikh aku join. Tapi bulan lepas.

Hah, itulah yang diorang bagitau kat website rasmi Catcheye. Kita akan dibayar untuk melihat iklan berdasarkan view atau impression samada view yang unik dan view sukarela. Ini bermaksud, jika kita dapat point nanti, kita boleh tentukan samada point tu nak tukar ke dalam bentuk duit ataupun hadiah lain yang mungkin seperti voucer ataupun kita sedekah point kita tu ke organisasi tertentu. Dapat pahala.
Jadi, adakah program ini dapat menarik hati ramai blogger dan webmaster? Itu aku sendiri pun tak pasti la sebab Nuffnang ni masih merupakan Syarikat Pengiklanan tempatan yang bertakhta didalam hati blogger. Jadi, aku tak dapat katakan yang Catcheye mampu menyaingi kehebatan Nuffnang . Advertlets pun masih juga dalam kajian aku, saja aku try Ads ni. Memang banyak dah blogger yang sudah cashout selepas membuat pengiklanan Ads nih di belog masing². Tak kira la samaada Nuffnang @ Adsvertlets. Aku guna Adsvertlets. Hehe.

* Click Banner Untuk Join Catcheye *
* Clik² Advertlets aku sama, semua blogger² lain dah pakat² cashout duit, aku baru jer kumpul singgit lebih. Sadis betul. Huhu.
Family : My Lovely Niece & My Lil' Sis
11/08/2009Nama : Nur Afrina Safiya Binti Zulfikar.
Nick Name : Afrina & Kakak.
Tarikh Lahir : 07-09-2006 rasanya kut. Huhu camna aku boleh lupa nih !! Tapi bulan 9 & tahun 2006 tu betul la.
* Entah dengan anak menakan aku sorang nih. Aku cukup sayang dia. Dia manja dengan aku. Haha. Aku syok nih sorang². Biasa la baru ada anak buah sorang. Hehe. Perangai dia memang agak manja sikit la. Biasa la Fam aku baru ada anak menakan sorang kan. Tu yang jadi sayang sangat tu. Kira ayah dan mak aku baru ada cucu sorang je maksud aku. Hehe.
Ayah aku dah masuk umur 60 tahun dah. Tapi Alhamdullilah masih kuat lagi. Mak aku pulak dalam 55 tahun kut rasanya. Aku rapat ngan mak aku. Selalu melawak dengan ye.

* Afrina : Edisi Rempit *
Pasal si Afrina nih, wah suka macam² dia gak. Actually dia suka nyanyi kat rumah. Suka dengar lagu. Lagu Isabella Search tu dia boleh hafal sekarang. Lagu zaman 90 an. Aku pun tak tau lirik lagu tu. Maybe dia selalu dengar kat radio kut. Satu lagi lagu Linkin Park dengan Weezer dia minat gak. Haha aku gurau jer. Takkan lak dia minat band² macam tu. Hehe. Hmm lupa nak bagitahu, dia duk kat rumah aku bila parents dia gi kija. Mak aku jaga dia kat rumah. Petang dia balik. Ibu dia mai amik lepas abis kije. Rumah pun kat Perlis jugak. Dekat jer dengan rumah aku. Tak sampai 15 minit jer pun.

* Jannah Eesya *
Nama : Nur Jannah Aisyah Binti Shaari.
Nick Name : Jannah, Adik, Jannah Eesya [ panggilan di sekolah ]
Tarik Lahir : 15-10-1994. Baru jer abis PMR tahun nih.
* Haa..adik aku sorang nih memang cukup rapat dengan aku. Huhu. Selalu melawak jek dengan aku. Dia pun rapat gak dengan mak & abah aku. Wahh sekarang dia layan lagu cukup baguih punya. Banyak tahu dari aku. Bab pelajaran pun setakat nih Alhamdullilah la jugak.
Sorang lagi abang kepada dia pun ok gak. Means adik aku sorang lagi la.. Laki. Umur 20. Duk stadi kat UIA Gombak sekarang. Hari² cik Jannah nih mesti layan Youtube. Lebih kurang sama la dengan aku. Minat gak aku dgn Youtube nih. Aku pun suka gak. Jangan layan Redtube sudah la. Haha.
Baru beli HP baru 2 hari lepas. Mentang² dah abis PMR. Terus beli HP baru. Guna duit raya ritu. Jannah owh Jannah.
Cik Jannah nih yang aku respect dia sebab dia cepat boleh dalam apa² hal. Ek eleh, puji keluarga sendiri la plak. Poyo la Nine nih. Huhu. Ala sekali sekala apa salahnya kan kalau puji keluarga sendiri. Semua orang macam tuh gak rasanya. Hihi.
* Jannah : Soft Love *
Hmm dia jugak kaki jalan. Tak macam aku, aku nih jenis duk umah jer. Kadang² jer kuar. Sama cam mak aku cik jannah nih. Suka gi jalan². Baru nih diaorang gi Bali. Latest pic dia aku amik yang kat atas nih masa kat sana. Pernah gi Umrah jugak. Ikut mak aku. Aku jer masih tak pergi lagi. Huhu. Hmm oklah, setakat nih dulu aku berkarya. Karya la konon. Aku nih bukan pandai menulis sangat. Ayat pun biasa² jer. Haha.
* Lagi pun saja aku nak update pasal Family kat belog nih. Rasa best gak. Gambar abang aku, kakak ipar, kakak aku dan adik laki aku, jarang aku post. Sebab diorang ada letak kat belog diorang sendiri.
Plagiarism Artikel
11/07/2009Ok, keunikan artikel kita semasa penulisan didalam blog amat dititik beratkan kerana keunikan artikel kita ni membantu untuk SEO atau Search Engine Optimization. Semua orang tahu apa fungsi SEO nih kan. Penting juga. Aku pun baru tahu jer. Dulu aku tak ambik port sangat. Huhu.

Jadi pada entri kali ini, aku ingin berkongsi bagaimana untuk kita memeriksa sama ada artikel yang kita tulis, terdapat duplikasi, plagiarism atau dengan kata lain sama dengan artikel orang lain. Aku pun sama jugak la. Termasuk gak dalam golongan² Plagiarism nih. Aku tak nafikan. Aku suka copy paste bab² info. Huhu.
Pemeriksaan duplikasi ini amat dititik berat kan terutamanya kepada penggiat - penggiat adsense. Jadi aku ingin berkongsi teknik untuk menentukan sama ada artikel kita nih unik atau pun tidak.
* Pemeriksaan Duplikasi Menggunakan Copyscape *
Laman web copyscape digunakan oleh penulis - penulis di internet untuk membuat pemeriksaan sama ada penulisan mereka di ciplak, plagiat atau ditiru oleh orang lain. Katakanlah anda seorang pensyarah ok, anda juga boleh gunakan teknik ini untuk melihat hasil kerja pelajar² anda sama ada diorang meniru bulat - bulat dari internet atau pun tidak. Kes nih aku kena dah dulu.
Ok, cara mengetahuinya. Yang lain aku tak pasti sangat. Maybe banyak lagi cara² dia. Aku pun tahu yang nih jer, sebab aku pun baru jer dalam dunia berblogging nih.
Hmm, Copyscape Dot Com nih menyediakan perkhidmatan berbayar dan percuma ok. Semestinya yang percuma la yang kita mahukan kan ? Baik beli hosting ngan domain lagi best daripada beli yang nih. Hehe.
Tapi sayang satu jer, perkhidmatan percuma yang diberikan sedikit menyusahkan kerja kepada kita la, kerana kita perlu publishkan artikel kita nih terlebih dahulu kemudian barulah kita boleh memeriksa sama ada artikel yang kita tulis tersebut diduplicate, plagiarism, ditiru atau pun tidak. Hehe.
* So, jika anda ada copy artikel dari internet atau mana² blog tanpa memberi kredit kepada penulis asal dan kita ingin mendakwa kononnya kita menulis artikel itu sendiri, kita silap!! kerana semuanya dapat dikesan. Hehe.
p/s : Aku mintak maaf juga, aku pun kadang² suka gak plagiat info² yang mana aku suka. Sebab SEO la. Hehe
Aku Takkan Maafkan Dunia Akhirat
11/05/2009Salam...
Aku takde apa nak cakap. Saja aku nak update. Nih aku ada nak cerita sedikit pasal kedai komputer melayu kat area aku. Aku sebenarnya bukan nak marah sangat. Tapi tu lah, dah kedai nih jenis nak penaya orang, tak boleh tengok orang senang sikit, mulalah nak pekena. Tak semua kedai melayu macam tu, ada yang bagus jugak, yang aku maksudkan nih, kedai yang aku pi dulu ni.
Aku bukan nak mengutuk bangsa sendiri, tapi aku pelik, napa ada kedai komputer melayu tu jer cam tu. Nih apa yang terjadi kat aku la.
Aku tau apa depa buat kat lappy aku. Webcam aku depa amik. Sebenaqnya tak rosak. Aku pi kedai tu pun sebab kedai melayu jugak. Nak tolong melayu. Tapi lepas kejadian bulan 2 tahun nih dulu, sekarang depa dah hilang custormer, bukan aku saja, tapi seluruh keluarga aku, saudara mara aku, kawan² aku. Nak berniaga nih kenala betul. Ingat aku beli lappy nih dengan air liur ker ? Nama jer kedai komputer, tapi apa duk pekena orang macam tu. Ingat aku bodo kut. Dah tak laku kut, tuh yang buat cara nih.
Ok, sesiapa saja yang terlibat yang aniaya lappy aku nih dulu, kat kedai komputer melayu tu la, aku malas nak sebut nama, tapi rasa depa tau sendiri la kut, aku cakap betul la, aku takkan maafkan sama ada di dunia dan akhirat. Biar Allah jer yang balas nanti. Tu jer aku nak cakap.
Kalo hardware² lain depa tukar, aku tak marah, tapi tu jer aku nak cakap, sampai bila² aku takkan maafkan dunia dan akhirat. Aku takkan halalkan apa yang depa buat. Amin.
Nih jer entri aku, aku tak marah sangat sebenarnya, tapi aku redha jer. Kan sabar itu separuh dari iman jugak. Cuma aku hairan napa nama je kedai komputer, tapi duk pekena orang, memang berniaga takkan berkat punya. Ingatlah kat akhirat sama nanti, jangan duk pikir dunia jer. Allah tu maha adil. Silap² kat dunia pun kena. Kalo berniaga duk pekena orang macam nih, macam mana nak maju.
Ingat, berniaga apa pun, kalau tak berkat, takkan senang punya. Kalau senang pun, sekejap jer, lepas tu Allah tarik balik lebih dari tu.
Aku tak emo sebenarnya, marah sangat pun tak jugak, tapi ada la sikit², cuma aku terkejut gak la kedai sebangsa sendiri pun buat macam nih. Kalau nak ambik untung aku tak kisah sangat, adat berniaga kan, tapi yang aku hairan sebab duk penaya orang melayu jugak. Kalau tak pergi kedai melayu, kata pulak orang melayu tak support melayu. So aku dah kena, aku beringat dah, dan sampai bila² aku, family, saudara dan kawan² takkan pergi dah kedai tu.
* Biar Allah jer yang balas kat sesiapa² yang aku maksud kan nih. Amin. Aku redha jer. Tak semua kedai melayu macam ni, yang aku maksudkan tu. Cuma kedai melayu sebuah tu jer la.

p/s : Berniaga kena lah berkat, ingat akhirat sama. Untung dunia kalo duk penaya, takkan lama mana. Maju mungkin sekejap ja. Kalu Allah nak tarik balik sekejap jer. Bila² pun boleh. Kena ingat sama yang tu.
Aku Dan Twitter
11/04/2009Entri nih nampak gaya, aku nih macam peghak lagi. Biasa lah, aku masih baru dalam dunia blogging ni. Ayat pun tak berapa nak pandai. Duk try banyak kali dah nak buat ayat best² tapi susah skit la, lagipun aku kat luar memang speechless sikit. Tapi takpe, aku akan cuba perbaiki dari hari ke hari.
Hari nih aku rasa amat teruja sekali. Kenapa aku teruja yer ? Sebenarnya camnih, aku agak tertarik dengan background Twitter Cik Saffa. Cantik dia design. Terutama sekali sebab ada pic DSLR, tu yang aku suka sangat. So, aku pun mula nak ikut cara dia design, tapi sayang sekali, aku plak tak pandai crop, tu yang prob sikit. Kalo aku crop pun mesti tak cantik punya. Gerenti. Huhu.
Hmm pastu apa lagi, aku email kat Saffa, cakap mintak tolong buatkan background Twitter aku macam dia. Then dia cakap ok jer. Hehe. Apa lagi, aku detailkanlah link2 aku then aku attachkan gambar sekali kat email Saffa. Aaaa tapi Saffa bukan amik free jer. Berniaga kan. Cara nak berniaga kena macam tu lah. Pandai cari duit Saffa nih. Saffa cuma amik upah RM10 jer untuk buat background Twitter nie. Kira murah tu. Sebelum nih, dia ada jual Bloggers Tee. Laku macam goreng pisang. Meletup. Aku jer belum sempat beli lagi, tengah kering sikit tahun nih. Bdw, thanks Saffa yer for Twitter background.

Sejak akhir² ini ramai pengguna internet menggunakan Twitter untuk berkongsi aktiviti terbaru mereka. Kita boleh menulis apakah aktiviti yang kita sedang lakukan melalui laman web Twitter sendiri, belog dan melalui handphone [sms].
Sebagai contoh jika kita mempunyai belog yang sentiasa update dengan berita² terkini, tapi disebabkan kita ada masalah tertentu, kita tidak dapat update belog untuk jangkamasa tertentu disebabkan ketiadaan talian internet atau sebagainya, So, apa yang perlu kita lakukan , update akaun Twitter kita menggunakan sms untuk memberitahu pelawat belog kita yang mengatakan kita tidak dapat update belog untuk seketika. Bagus bukan ??
Itu adalah sedikit sebanyak mengenai Twitter mengikut pemahaman aku yang tak seberapa sangat. Aku dulu pun main signup jer. Tak tahu fungsi dia sangat. Tapi sekarang dah mula addict dah dengan Twitter nih. Seterusnya mengenai TweetScan. TweetScan boleh dianggap enjin carian untuk Twitter. Sebagai contoh, jika kita ingin mengetahui tentang keyword computer dalam Twitter, so apa yang perlu anda lakukan ialah taip keyword komputer dan search. Selepas itu TweetScan akan menyenaraikan semua keyword komputer yang pengguna Twitter lakukan.
Opss sebelum aku terlupa kalau anda ingin mengetahui jumlah pengguna Twitter yang mengikut @ follow anda boleh menggunakan services TwitterCounter.
Dan sebenarnya ada banyak lagi widget² Twitter nih, contohnya seperti saytweets dan sebagainya. Memang dah banyak orang letak widget Twitter di belog masing². Paling banyak aku yang tengok, mesti ada icon. Kalo aku nak tahu dengan lebih lanjut pasal Twitter nih, aku juga selalu surf dan blogwalking, tengok cara diorang gunakan Twitter nih bagaimana, dan apa widget yang penting diorang letak. Banyak gak info pasal Twitter yang boleh kita cari, ataupun tanya kawan² yang arif pasal Twitter nih. Sekian.
P/s : Setakat sekarang aku tweet tak sampai 200 tweets pun. Haha.
Koleksi Terbaik Wallpaper Windows 7 2009
11/02/2009
Entri pendek. Saja teringin nak update lagi untuk bulan ni. Hehe.
Ok, Windows 7 [Seven] merupakan Operating System yang terbaru dari Microsoft. Aku pun masih belum menggunakan OS ini lagi, tapi kemungkinan akan bertukar tak lama lagi. Dalam proses rasanya. Huhu. Aku memang agak tertarik dengan function² yang terdapat di dalam OS ini. Aku sudah mencuba pada komputer member aku. Memang best. Dan pernah juga aku terbaca di dalam Forum, Blog, tentang OS Windows 7 ini, ia memang lebih ringan dan lebih kecil daripada Windows Vista. Banyak juga blogger² sekarang telah bertukar ke OS Windows 7 ni. Memang dah banyak sangat. Cayalah.
Sekiranya anda telah pun menggunakan OS Windows 7 ini, kemungkinan anda ingin mencari wallpaper untuk digunakan pada PC ataupun Laptop anda, boleh lah download Wallpaper Windows 7 ini.
Aku sediakan dua link, satu Mediafire dan satu lagi Rapidshare. Ada dua koleksi semuanya. Dan aku sediakan sedikit gambar wallpaper untuk di dilihat dulu, di mana wallpaper ini berada di dalam link² tersebut. Ada dua koleksi buat sementara ini.
Loading Data... 














